Soal-jawab Ayam Kampung

Hubungi kami untuk mengajukan soalan.
Email : info@ayamkampung.com.my

Apakah yang harus dilakukan oleh penternak untuk mencegah jangkitan selesema burung?

· Kebersihan dan biosekuriti ladang sangat penting

· Penggunaan jaring kalis burung di bangsal ayam itik supaya burung liar tidak dapat masuk ke bangsal

· Beli stok ayam itik dari sumber yang boleh dipercayai

Apakah yang perlu saya lakukan sebagai seorang awam untuk membantu ?

· Lapor serta merta kepada JPH jika terdapat unggas yang sakit atau mati

· Jangan melupus sendiri unggas atau ayamitik yang mati

· Jangan memberi makanan kepada burung-burung liar

· Jangan impot atau membawa burung, daging ayam itik atau baja tanpa kebenaran dari pihak JPH

· Jangan membeli atau membawa balik burung haiwan kesayangan ke rumah tanpa pemeriksaan dari doktor veterinar

· Jika burung haiwan kesayangan anda sakit sila bawa ke doktor veterinar serta merta

· Jika iannya menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti yang disebutkan diatas sila lapor ke JPH

Apakah risiko jangkitan selesema berlaku kepada manusia?

Virus avian influenza biasanya tidak akan menjangkiti manusia tetapi orang boleh terjangkit apabila sentiasa bersentuhan rapat dengan unggas terjangkit dan najisnya. Hanya 140 kes yang dilaporkan pada manusia, kebanyakkannya di Asia Tenggara (Vietnam, Thailand, Indonesia, Cambodia dan China) dengan 70 kematian, walaupun jangkitan ini tersebar luas pada unggas dan burung liar.

Orang-orang yang bekerja dikalangan burung dan ayam itik, di rumah sembelih dan yang mengendali daging mentah dan baja (najis ayam) menghadapi risiko jangkitan. Langkah-langkah pencegahan ialah:

· Guna pakaian perlindungan yang lengkap (sarung tangan, gogal, kasut but, topeng, cover-all)

· Sentiasa membasuh tangan

· Kendali daging mentah dan produk dengan bersih

Daging ayam itik dan telur yang dikeluarkan secara komersial di Negara ini adalah selamat untuk dimakan. Kes yang terjadi di Negara kita adalah terhad kepada ayam yang lepas bebas. Malah tidak ada bukti bahawa dengan memakan daging ayam itik dan telur boleh menyebabkan penyakit selesema burung, namun adalah wajar daging dan telur dimasak secukupnya. Produk mentah perlu dikendalikan secara bersih terutama di tempat berlakunya wabak.

Apakah tanda-tanda penyakit selesema burung pada unggas?

· Murung dan kurang selera

· Batuk, bersin dan lelehan dari hidung

· Bengkak di kepala, balung, pial dan kaki

· Balung, pial dan kaki berubah warna kepada ungu

· Cirit berwarna kehijauan

· Pengeluaran telur jatuh

· Dalam kes yang teruk kematian mengejut berlaku dan kadar kematian tinggi.

Apa itu selesema burung ?

Selesema burung ialah penyakit berjangkit yang boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kematian terutama kepada burung-burung domestik seperti ayam, angsa, itik dan ayam belanda

Apakah yang menyebabkan penyakit ini?

Selesema burung disebabkan oleh virus avian influenza (AI) yang biasanya boleh berjangkit kepada burung, kadang kala kepada babi dan jarang-jarang kepada kuda, anjing laut, ikan paus, manusia dan juga lain-lain binatang. Terdapat banyak jenis subtypes virus AI, misalnya H5N1.

Bagaimana memilih DOC (Day-Old-Chicken) yang berkualiti?

1) Mata yg bersinar, bukan sunken eye
2) Tidak ada twisted beak..cacat
3) Tidak ada bow-legged (kaki terkangkang)
4) Supple feather bulu yg tidak basah/lembap
5) Tidak ada navel (tali pusat) yg masih melekat kat badan doc
6) DOC nampak cergas n alert, bukan monyok n lemah. 
Baca lanjut ...

BAGAIMANA MEMILIH DEDAK AYAM BERKUALITI UTK AYAM KAMPUNG KACUK?

Untuk penternak ayam kg kacukan (AKK) biasanya kerap menghadapi masalah dgn dedak. Selain harga yg semakin meningkat jg stock yg tdk menentu serta blm tahu dedak mana yg sesuai. Oleh itu untuk tahu Dedak yg kita beli berkualiti pastikan memenuhi syarat berikut ini:

  • Jenama tempatan atau luar negara yg sdh stabil.
  • Sekurangnya ada standard GMP atausdh berdaftar dgn DVS.
  • Pilih dedak jenis 'broiler starter ataugrower'
  • Pastikan bungkusan msh tertutup dgn rapi & sealed. Jgn beli dedak yg bungkusan atau sealed tlh rosak krn kemungkinan palsu atau repack dgn kualiti yg tdk jelas.
  • Perhatikan tarikh production & tarikh luput tlh ditulis (printed) terus pd bungkusan & bukan tulisan tangan atau tampal sticker.
  • Apabila ada beberapa jenama yg memenuhi semua syarat diatas maka pilihlah yg plg murah dgn stock yg paling stabil.
  • Sebenarnya kebanyakan dedak yg ada dipasaran saat ini tiada yg dibuat khas utk akk. Jd kualitinya tdk tll berbeza terhadap tumbesaran & performa akk.
APA AKAN TERJADI JIKA DEDAK TERLEBIH MASA ATAU EXPIRED

Dedak ayam mempunyai tempoh masa penggunaan terbaik daripada ia di buat di kilang, packing, penghantaran, penyimpanan hinggalah diberi kepada ayam. Tempoh masa ini teretera pada guni dedak. kebiasaannya di tulis sebagai PD120815 (PD = Production Data)

Apakah itu Dedak repack?

Dedak repack adalah dedak yang menjalani proses pembukusan semula kerana lebihan dari ladang atau tidak diperlukan. 

  • tiada jaminan kualiti
  • ada kemungkinan dicampur bhn lain
  • nutrisi diragui
  • expired
  • keracunan fungus
  • risiko jgkitan penyakit dari tmpat asal (apabila dikutip dari sisa farm lain)
KENAPA ANAK AYAM MATI DALAM TELUR KETIKA DIERAM?

Kes ini dipanggil "DEAD-IN-SHELL" dimana embrio mati semasa tempoh eraman.Terdapat beberapa punca seperti kelemahan rekabentuk dan larasan incubator, kebersihan, kekurangan nutrien dalam telur dan kesilapan semasa menyimpan telur untuk eraman. Baca lagi ...

SUHU ERAMAN PENGARUHI JANTINA AYAM?

Tiada kajian spesifik, bagaimanapun ada testing tidak formal suhu yg tinggi akan hasilkan lebih peratus jantan dan begitulah sebaliknya. Rujuk disini.

Apakah kelebihan ayam kampung?

Lebih sihat & terjamin.Kolestrol dan lemak lebih rendah serta mempunyai daging yang lebih enak.

Kenapa ayam kampung lebih mahal harganya?

Penternakan ayam kampung berbeza dengan penternakan ayam daging/broiler. Baka yang digunakan dan cara pembelaan juga berbeza yang memakan kos dan masa yang lbih lama. Oleh itu, harga pasaran ayam kampung adalah lebih mahal.

Daftar sebagai ahli atau login untuk memaparkan soal-jawab daripada pakar-pakar ayam kampung di Malaysia.