Sessi Dialog PUSAKA bersama Ketua Pengarah JPV kearah Memperkasa Ayam Kampung

Satu sessi Dialog PUSAKA bersama Ketua Pengarah JPV dan pegawai JPV (Seksyen Unggas) kearah Memperkasa Ayam Kampung telah diadakan di Bilik Mesyuarat Ketua Pengarah Veterinar di Wisma Tani Putrajaya pada 15 September 2016. Agenda Sesi Dialog bersama KP JPV ada seperti berikut :

1. Pengenalan PUSAKA & objektif
2. Penjelasan isu kontroversi terkini

  • Keratan akhbar berkenaan penipuan industri ayam kampung
  • Trend monopoli syarikat besar terhadap ayam kampung
  • Trend restoran  Ayam Kampung menggunakan ayam warna

3. Definisi ayam kampung
4. Kolaborasi dengan JPV

  • Program memartabatkan ayam kampung.
  • Mewujudkan “Poultry Consultative Group - Ayam Kampung”
  • Melindungi Industri Ayam Kampung (Baka, Penternak, Monopoli syarikat besar)

Alhamdulillah Dato' KP mengucapkan tahniah atas initiatif yang telah dilakukan oleh PUSAKA dan beliau (JPV) bersetuju untuk memberi sokongan dan kerjasama bagi mencapai matlamat yang akan dirancangkan pada masa hadapan.