Seminar Transformasi Ayam Kampung Sempena Livestock Asia 2018

Tarikh: 
Saturday, 21 April, 2018 - 09:30
Lokasi Acara: 
Kuala Lumpur Convention Center (KLCC)

Seminar Transformasi Ayam Kampung yang berlangsung pada 21 April 2018 di Kuala Lumpur Convention Centre telah berjaya diadakan. Seminar yang dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia dan Jabatan Seksyen Unggas Veterinar ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Veterinar YBhg. Dato' Dr. Quaza Nizamuddin. Beliau juga berkesempatan untuk memberikan sedikit ucapan dan kata-kata semangat kepada peserta-peserta yang hadir ke seminar tersebut. Pihak PUSAKA dan Jabatan Seksyen Unggas cukup berbesar hati dan sangat berterima kasih ke atas kehadiran Ketua Pengarah Veterinar ke seminar tersebut.