Pengaruh Suhu Eraman Dlm Penentuan Jantina Ayam

Salam semua para follower dan pelawat setia blog aku yg tak seberapa nih. Kali ni aku nak berkongsi sedikit maklumat yg aku kira agak penting untuk para penternak. Seperti tajuk kat atas tu, sebenarnya aku dah setahun lebih duk buat kajian ttg perkara nih.. first time aku dapat tau benda nih, aku mmg tak berani sebarkan sbb aku tak pasti kesahihannya sampailah aku sendiri buat beberapa puluh kali percubaan hehehe.. dan ternyata ada betulnya. Mengikut kajian tak formal aku nih, suhu mmg memainkan peranan penting dalam menentukan jantina anak ayam yg bakal menetas. Tp ada org kata ni semua kerja Allah.. buat apa nak lawan ketentuan Allah.. mmg ler. Tp Allah juga nak kita buat kajian, berfikir supaya tau kebesaran Nya. Bila tau sesuatu perkara dgn lebih dalam barulah kita tau n sedar betapa tingginya ilmu Allah. Tak gitu.. ada juga yg kata jantina anak ayam ikut bentuk telur. Yg tu aku tak mau komen sbb aku buat jugak tp tak jadikpun hehehe..

Yg aku nak cerita ni adalah kajian aku sendiri.. di mana suhu yg tinggi akan hasilkan lebih peratus jantan dan begitulah sebaliknya. Suhu setting standard incubator keluaran AAF adalah 39 - 40 degree yang mana menghasilkan suhu di atas kulit telur 37-37.5 degree.. kesan suhu ini menghasilkan lebih jantan berbanding betina. Mmg incubator aku pada setting ini menyebabkan anak yg kuar kebanyakkannya jantan.. betina cuma 1/3 jer.. frust woo time tu.

Nak jualpun payah... lepas tu aku terus cuba kajian pertama dengan tukar setting iaitu aku upkan 1 degree.. alhamdulillah peratus betina yg terhasil mcm seimbang dan kdg2 lebih separuh jadi betina.. setting ni aku kekalkan sampailah baru2 ni aku terlupa calibrate semula sebiji incubator baru aku, iaitu masih pakai setting lama menyebabkan anak2 rosecomb aku kuar jantan jer banyak... cepat2 aku sedar n aku reset semula.. alhamdulillah utk batch ketiga, lepas umur sebulan, aku tgk tak byk dah anak dgn balung merah hehehe... tips ni adalah utk rujukan aku jer. Tp aku tak larang kalau kawan2 kat luar sana nak cuba tp kalau tak jadik jgn la marah aku.. kecik ati aku nanti :)...

Credit:
ANIZAM AGRO FARM, KAMPUNG BUKIT NAGA, JALAN BUKIT KEMUNING, 40470 SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA 
http://anizamagrofarm.blogspot.my/