Pembaka Ayam Kampung Mardi Jantan Quala Farm

Quala Farm di Kuala Selangor merupakan ahli PUSAKA yg fokus kepada pengeluaran anak ayam kampung. PUSAKA adalah singkatan kepada PERSATUAN USAHAWAN AYAM KAMPUNG MALAYSIA. Persatuan ini yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada OGOS 2016 adalah bertujuan menghimpunkan semua warga yang terlibat dalam industri ayam kampung di Malaysia demi kemajuan bersama.