Mengenai Pusaka

PERSATUAN USAHAWAN AYAM KAMPUNG MALAYSIA (PUSAKA)

PUSAKA adalah singkatan kepada PERSATUAN USAHAWAN AYAM KAMPUNG MALAYSIA. Persatuan ini telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada10 OGOS 2016 (No pendaftaran PPM-007-10-10082016). Mesyuarat penubuhan PUSAKA yang telah diadakan pada 18 Jun 2016 di Institut Pengurusan Veterinar, Cheras yang telah dihadiri lebih 40 orang usahawan ayam kampung dari seluruh Malaysia. Mesyuarat yang bermula pada 2 ptg dan tamat pada 5 ptg telah dipengerusikan oleh Dr. Abd Razak Mohd Zailan. Selain perlantikan AJK, mesyuarat juga telah membincangkan isu-isu dan cadangan aktiviti serta langkah-langkah yang harus diambil untuk mencapai objektif penubuhan.https://web.archive.org/web/20171101190824if_/https://www.youtube.com/embed/qT-MW983V5o?rel=0&showinfo=0&autoplay=1

pusaka meeting
Mesyuarat Penubuhan PUSAKA, July 2016
 

 Ia adalah bertujuan menghimpunkan semua warga yang terlibat dalam industri ayam kampung di Malaysia demi kemajuan bersama. Klik disini untuk download sijil pendaftaran. Antara matlamat penubuhan persatuan adalah :

1. RANGKAIAN PERNIAGAAN

Membina rangkaian perniagaan ayam kampung dikalangan ahli dan meningkatkan daya saing pengkhususan bidang masing-masing.

2. PROGRAM & AKTIVITI

Menganjurkan kursus-kursus, program dan aktiviti berkaitan perternakan dan perniagaan ayam kampung untuk meningkatkan pengatahuan dan daya saing.

3. KERJASAMA

Mengeratkan kerjasama dikalangan ahli dan memupuk semangat bantu-membantu.

4. KEBAJIKAN

Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan kemasyarakatan

pusaka_meeting
Persatuan ayam

logo pusaka

PENGENALAN LOGO PUSAKA
 

  • Pemilihan bapak ayam jantan yang gagah & sihat dengan penambahan simbol ikon sinar dibelakang mencerminkan gabungan usahawan ayam kampung ini mempunyai misi & visi yang mantap dan jelas.
  • Tulisan “Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia” secara melengkung menggambarkan kesepakatan atau penggabungan semua ahli persatuan untuk mencapai sesuatu perkara yang dirancang.
  • Pemilihan font yang nampak tegap dan mantap serta ikon ribbon dibelakang membri maksud kekuatan & kekuasaan gabungan ini.
  • Pemilihan warna coklat membawa makna aktiviti yng berhubung kat dengan semula jadi serta aktiviti outdoor. Manakala pemilihan warna merah adalah warna yang nampak bold serta mempunyai unsur energy dan emosional yang kuat. Ia juga nampak jelas serta eye catching.