Kata-kata hikmah untuk anda yang bergelar usahawan

Pertanian adalah perniagaan. Penternakan ayam kampung juga boleh dikategorikan sebagai perniagaan. Berniaga adalah satu proses yang panjang dan ambil masa.
Anda tidak akan kekal lama jika baru berniaga sudah nak jadik kaya!!!

Berniaga ada fasa!!
Restart from zero walaupun dulunya anda seorang CEO, PROFFESOR @ CHEF CELEBRITY @ EXECUTIVE CHEF !!!
Jangan dok kenang yang dulunya anda jaguh dunia!!
Be Reality, anda bermula dengan takde apa-apa ... So berpijak di bumi nyata!!!

Kegagalan satu pengajaran!!
Senyum dan kenang kegagalan itu kerana ianya asbab anda berubah menjadi nyata!!

Fasa Berniaga bermula dari apa yang ada, Usah nak tunggu semua yang ada dek gahnya nak nama baru nak mula!!!

Rasai masa bermula, merangkak, bangun, jatuh sekejap, berdiri, jalan dan berlari barulah jadi usahawan sejati !!!

Berani ambik peluang walaupun ada ketika kita rasa macam berdebar-debar!!!
Peluang datang dan pergi dan masa tak boleh cari ganti...

Setiap orang ada masa 888!!
  8 jam tido !!!
  8 jam kerja !!!
  8 jam rehat !!
Jika nak maju, sila korbankan salah satu dari 8 jam itu.!!

Berniaga ada seni!!
Adakala anda jadi panglima perang, adakala jadi raja, adakala jadi hamba, adakala jadi cooly saja

Istiqamah!!!
rezeki pasti ada, cuma bersabar dan TAHAN!!
Ada ketika didatangkan rezeki tak sangka2 selepas bertahun berusaha!!

Berniaga biarlah kita dekat di hati pelanggan. pelanggan membeli dek jatuh cinta pada kita bukan sebab kita hensem rupawan!!
tetapi keikhlasan kita tertawan di hati mereka...

Bersabar.. positifkan minda anda.. biar pun anda dikutuk.. dikecam.. dihina.. bila kita berjaya.. pasti ada suara2 sumbang di blkg anda.. kuatkan semangat untuk terus melangkah.. melangkah kehadapan dgn jayanya..

SEMOGA BERJAYA

Makluman :
Sumber asal tidak dapat di sahkan (posting dari Whatsap Group) kerana admin tertarik dengan kata-kata penulis dan yakin jika dihayati dapat membantu kita semua. Sila email admin@ayamkampung.com.my jika penulis asal ingin mendapatkan kredit dari posting ini. Terima Kasih.