Jenis-jenis Penyakit Ayam Kampung

Masalah yang dikhuatiri penternak ayam kampung adalah apabila ayam ternakan mereka diserang penyakit.  Ayam menjadi murung atau kadangkala menyebabkan kematian yang tinggi. Faktor cuaca panas atau hujan yang berpanjangan juga menyebabkan pelbagai penyakit. Marzuq Bayu Sdn. Bhd. ada menyediakan Panduan Komprehensif Penyakit Ayam Kampung bagi memberikan pencerahan tentang pelbagai jenis penyakit yang biasa menyerang ayam kampung di Malaysia serta langkah-langkah pencegahan samaada menggunakan antibiotik atau dari sudut pengurusan reban atau ayam itu sendiri. Jika penternak mengenali penyakit-penyakit ini dengan terperinci dan tahu untuk mencegah atau memilih dan menggunakan antiobiotik yang sesuai, ancaman virus berbahaya dan bakteria dapat diatasi supaya kadar kematian dapat dielakkan dan pengeluaran ayam dapat ditingkatkan.

Antara penyakit ayam kampung yang biasa menyerang penternakan ayam kampung di Malaysia adalah :

  1. Penyakit Sampar Ayam (ND)
    Penyakit ini amat berbahaya yang boleh menyebab kematian mengejut yang tinggi, sehingga keseluruhan reban mampu mati. Ia menyerang sistem pernafasan, pendarahan usus dan sistem saraf. 
     
  2. Penyakit Gumboro (IBD)
    Penyakit ini menyebabkan sistem pertahanan penyakit ayam lemah. Ia boleh disamakan seperti AIDS pada manusia. Apa jangkitan Gumburo berlaku, ayam lebih mudah terkena pelbagai penyakit lain.
     
  3. Penyakit Berak Darah (Coccidiosis)
    Ini juga adalah penyakit yang berbahaya dan sering berlaku. Terdapat beberapa peringkat dan beberapa jenis bakteria dari kumpulan Eimeria spp. Apabila ayam telah berak bercampur darah, ia boleh membawa maut dalm tempoh 7 hari.
     
  4. Berak Kapur (Pollurum)
    Ayam akan menjadi murung dan kurang selera makan. Najib ayam akan cair dan erdapat warna putih.
     
  5. Infectious Coryza
    Menyebabkan mata ayam bengkak dan kurang selera makan.