Suasana Booth Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia di MAHA 2016

Pihak Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia (PUSAKA) mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang datang dari pelusuk negeri ke booth kami di MAHA 2016. Ucapan setinggi terima kasih juga kepada YBhg. Dato Dr. Quaza Nizamuddin Bin Hassan Nizam. Timbalan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, yang sudi melawat booth kami, dan menyokong usaha persatuan ayam PUSAKA. Booth kami lebih menjurus untuk tujuan promosi persatuan disamping memperkenalkan produk ahli-ahli sedia ada seperti ayam kampung perab, dan dedak probiotik.

Pelawat boleh mendaftar keahlian secara online melalui touchscreen yang disediakan. Paparan TV Digital Signage juga memaparkan ucapan sokongan Dato' Dr Kamarudin, Ketua Pengarah Jabatan Veterinar, disamping gambar-gambar ahli yang lain.