Bagaimana memilih DOC (Day-Old-Chicken) yang berkualiti

Untuk penternak ayam kampung kacukan biasanya kerap mengalami masalah kadar kematian tinggi & tumbesaran yg tdk sekata terutama pada 2 minggu pertama. Salah satu puncanya disebabkan kualiti DOC yg kurang baik. Oleh itu utk pastikan DOC yg kita beli berkualiti lakukan penimbangan seawal kita terima dari pembekal. Untuk DOC yg berkualiti baik berat purata biasanya 40g keatas. Timbang sekali dgn box kemudian timbang box kosong & kira jumlah ayam utk dapatkan berat purata DOC tanpa sebabkan stress tambahan pada anak ayam. Disamping berat doc yg uniformity, pastikan perkara berikut:

1) Mata yg bersinar, bukan sunken eye
2) Tidak ada twisted beak..cacat
3) Tidak ada bow-legged (kaki terkangkang)
4) Supple feather bulu yg tidak basah/lembap
5) Tidak ada navel (tali pusat) yg masih melekat kat badan doc
6) DOC nampak cergas n alert, bukan monyok n lemah.

Selamat mencuba & semoga berjaya.
®Myternak