Ayam jijik - MyMetro

Ayam jijik - MyMetro

Iskandar Shah Mohamed
 
Puchong: Kotor dan jijik. Itu gambaran penulis ketika menyertai operasi khas diketuai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di dua premis penyembelihan ayam di sekitar kawasan bandar ini, awal pagi semalam. Ketika menjejakkan kaki bersama pegawai dan anggota penguat kuasa, puluhan pekerja warga asing asyik memotong dan membersihkan daging ayam di premis pertama di Taman Perindustrian Puchong.
 
Namun, meloyakan tekak apabila lantai kilang bersaiz kecil itu dipenuhi sisa ayam antaranya bahagian kulit, perut dan kepala yang bersepah bersama takungan air. Selain itu, ada kotak berisi daging itik dan perut lembu yang sememangnya menyalahi peraturan pensijilan halal iaitu tidak boleh diproses dalam kawasan sama. Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim berkata, operasi bersepadu dijalankan hasil aduan awam terutama mengenai tahap kebersihan ayam di premis berkenaan.

 

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Jun 2016 @ 9:50 AM
http://www.hmetro.com.my/node/142339

Tags: